‘Malaysia dalam fasa pemulihan, kita hampir menang’ – Ka Siong

0
1

MALAYSIA sedang berada pada fasa pemulihan semula selepas lebih setahun berperang dengan ancaman Covid-19, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, kerajaan bertungkus lumus mentadbir negara dengan penuh cabaran dan rintangan dalam tempoh sukar ini akibat pandemik Covid-19.

“1 Mac 2021, genap setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Mendengar Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya hari ini.

“Dengan iltizam, dorongan dan peranan semua pihak, kita kini sudah hampir menang dalam pertempuran melawan Covid-19 seterusnya melangkah ke fasa pemulihan semula negara,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau berharap Malaysia mampu mengharungi cabaran sukar ini kerana program vaksinansi sudah pun dijalankan.

“Tambahan pula kita sudah pun melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Semoga Malaysia terus maju jaya dalam mengharungi cabaran yang tidak menentu,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap menyampaikan Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin menegaskan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited memberi tumpuan terhadap usaha melindungi nyawa dan kehidupan rakyat sejak setahun lalu.

Beliau berkata, kerajaan mengambil langkah berani dan proaktif termasuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), selain memperkenalkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi bernilai RM305 bilion.

Katanya, langkah itu diambil bagi membendung penularan Covid-19 dan pada masa sama meringankan beban rakyat serta memastikan kelangsungan perniagaan. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/kerajaan-pn-adalah-kerajaan-prihatin-rina-harun/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here