Nurul Huda Abhar
SEORANG wanita berumur 32 tahun yang meninggal di Hospital Keningau, Sabah antara lima korban baharu akibat jangkitan Covid-19, hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa ke 1134 adalah warganegara yang mempunyai sejarah penyakit jantung.
“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu (1) kes di Melaka.
“Kesemua kes melibatkan warganegara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, kematian 1131 melibatkan wanita berusia 62 tahun juga meninggal di Hospital Keningau serta mempunyai sejarah penyakit buah pinggang, deep vein thrombosis, pulmonary embolism, dan systemic lupus erythematous.
Katanya, kes 1132 kematian lelaki berumur 75 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan menghidap penyakit darah tinggi, strok, jantung, paru-paru kronik, talasemia, dan myelodysplastic syndrome.
Beliau berkata, kematian 1133 melibatkan wanita berumur 67 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan mempunyai penyakit kencing manis serti hati kronik.
“Kes 1135 merujuk lelaki berusia 81 tahun , meninggal dunia di Hospital Melaka. Mempunyai penyakit kencing manis dan jantung,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan : https://malaysiapost.com.my/2021/03/01/kes-baharu-covid-19-kembali-ke-angka-seribu-hari-ini/

