Banyak cabaran, tapi pimpinan kerajaan PN tenang dan sabar – Azmin

0
1

WALAU banyak cabaran, kepimpinan negara dapat harungi dengan tenang dan sabar, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata demikian sempena setahun penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, setahun tertubuhnya kerajaan PN, kepemimpinan kerajaan memohon petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

“Manusia berusaha, namun ketentuan di tangan Ilahi. Sempena satu tahun Kerajaan Perikatan Nasional kami memohon petunjuk dan kekuatan untuk meneruskan khidmat bakti kepada rakyat.

“Juga bermunajat supaya khidmat kepada rakyat mendapat keberkatanNya.

“Bersyukur walaupun banyak cabaran yang mendatang, kepimpinan negara dapat harungi dengan tenang dan sabar,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

Terdahulu Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Ampang bersama Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan PN hadir majlis solat hajat di Masjid Putra, Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here