TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama anggota Jemaah Menteri malam tadi hadir program Solat Hajat Perdana sempena setahun pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Masjid Putra, Putrajaya.
Perdana Menteri berkata solat hajat dua rakaat usai solat Maghrib yang diimamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah, antara lain bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan negara khususnya dalam mendepani penularan Covid-19.
“Majlis turut diberkati dengan bacaan Yasin, tahlil serta doa selamat dan diselitkan dengan haflah Al-Quran dan gema selawat sebelum diakhiri dengan solat Isyak berjemaah.
“Saya berdoa agar barisan kepimpinan negara diberkati dan diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam menunaikan amanah menyelesaikan masalah rakyat dan negara. Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

