Habib Jewels serah sumbangan RM 100,000 kepada Zoo Negara

0
1

HABIB Jewels menyerahkan sumbangan bernilai RM100,000 kepada Zoo Negara sebagai tanda sokongan kepada ikon pelancongan negara berkenaan.

Habib Jewels dalam satu kenyataan berkata,  sumbangan itu juga  merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi pihaknya terhadap satu entiti tempatan dan mendorong orang ramai turut serta membantu kelangsungan zoo untuk terus beroperasi.

“Justeru, sebagai jenama barangan kemas tempatan, pihaknya memperkenalkan wafer emas 24 karat (emas 999) edisi terhad yang direka khas untuk Zoo Negara sempena kolaboratif kempen ‘HABIB For Zoo Negara’.

“Wafer emas ini bermotifkan enam haiwan ikonik Zoo Negara iaitu kancil, burung enggang, gajah, harimau, panda dan orang utan yang bertujuan untuk mempromosikan Zoo Negara kepada orang ramai menerusi pelaburan sambil menderma.

“Pembelian wafer emas juga dapat memberikan pendedahan awal kepada anak kecil untuk menabung dan mendidik generasi muda mengenai emas dan nilainya,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Habib Jewels dalam masa yang sama berharap dengan penjualan wafer emas tersebut dapat melahirkan rasa cinta dan memupuk rasa sayang mereka terhadap haiwan.

Mengulas lanjut, menurut kenyataan itu lagi, sebahagian penjualan wafer emas itu akan disumbangkan kepada Zoo Negara.

“Kini kecenderungan orang ramai terhadap emas meningkat dengan ketara sekali justeru penjualan wafer emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

“Wafer emas edisi terhad ini adalah tawaran yang tepat untuk pelanggan yang ingin memiliki emas sebagai simpanan selain menderma.

“Setiap pembelian wafer emas edisi terhad, sebahagian kutipannya akan disumbangkan kepada Zoo Negara.

“Penjualan wafer emas ini dapat membantu mempromosikan Zoo Negara dan menggalakkan lebih ramai pengunjung untuk mengunjungi zoo berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Habib Jewels akan terus mempromosikan penjualan wafer emas berkenaan di semua 28 cawangannya di seluruh Malaysia melalui pelbagai platform pemasaran.

“Sumbangan yang diberikan orang ramai melalui pembelian wafer emas ini dapat membantu haiwan dan Zoo Negara agar terus terpelihara dan terbela,” katanya.

Pada 19 Februari lalu, anak kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib, Datuk Seri Meer Habib, Mirsham telah menyampaikan cek kepada Timbalan Presiden Zoo Negara Malaysia, Rosly Ahmat di ibu pejabat Habib Jewels, Ampang. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/05/bantulah-zoo-negara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here