Menteri Kesihatan terima vaksin hari ini

0
1

PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memasuki hari kedua diteruskan dengan suntikan vaksin melibatkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya hari ini.

Turut sama menerima suntikan itu adalah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah.

Proses pemberian vaksin itu dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya, Presint 11 pada jam 12.45 tengah hari tadi.

Dr Adham berkata, suntikan itu diberikan oleh dua vaksinator bertugas iaitu Laily Norazura Yakub yang bertugas di Klinik Kesihatan Presint 11 dan Muhamad Bakhrul Ulum Mohd Rashid yang bertugas di Klinik Kesihatan Presint 9, Putrajaya.

“Ini merupakan hari kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula semalam dengan suntikan pertama diterima Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga PPV di PKD Putrajaya, Presint 11,” katanya melalui hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, turut menerima suntikan vaksin Covid-19 hari ini adalah tiga petugas barisan hadapan KKM.

Mereka ialah Tawfik Adnan yang bertugas sebagai pemandu, Farid Md Ithnin yang bertugas sebagai Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya dan Yusniza M Yusof yang bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here