Vaksin tiba di Negeri Sembilan, Terengganu dijangka esok

0
1
vaksin

VAKSIN untuk pelaksanaan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan tiba di Klinik Kesihatan Seremban 2, hari ini.

Kenderaan syarikat logistik membawa vaksin itu tiba pada jam 11.30 pagi dari tempat penyimpanan di Subang, Selangor, diiringi tujuh kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Konvoi kenderaan kemudian membawa sebahagian daripada vaksin terbabit ke Hospital Tampin.

Klinik Kesihatan Seremban 2 dan Hospital Tampin ialah dua tempat simpanan vaksin Pfizer-BioNTech di Negeri Sembilan.

Jumlah vaksin yang ditempatkan di negeri itu dan jumlah individu yang bakal menerima vaksin pada fasa pertama belum diumumkan oleh pihak berkuasa, lapor BH.

Sementara itu, Terengganu dijangka menerima sebanyak 15,000 dos vaksin esok dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi individu pertama menerima suntikan.

Beliau berkata, pengurusan vaksin itu adalah secara bersama di antara Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan.

“Saya dimaklumkan vaksin akan sampai ke Terengganu esok dengan suntikan pertama kepada mereka yang terpilih dan barisan hadapan akan diadakan pada Jumaat in.

“Suntikan akan diberikan kepada barisan hadapan disusun mengikut daerah dan saya difahamkan untuk negeri Terengganu, Menteri Besar (MB) akan jadi orang pertama,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/24/bekalan-vaksin-diagih-ke-ppv-secara-berperingkat-kkm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here