Thinagaran, Xavier disiasat SPRM

0
1

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan terhadap kes rasuah membabtkan Timbalan Pengerusi PKR Perak, MA Thinagaran dan bekas menteri yang juga Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki.

“Terserah kepada mereka untuk bercakap apa sahaja tetapi saya mengesahkan ada siasatan terhadap kedua-duanya,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan telah menahan seorang Timbalan Pengerusi sebuah parti politik yang mempunyai kaitan dengan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah daripada beberapa syarikat yang memperoleh projek di sebuah kementerian pada 2019.

Turut ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar Ipoh itu ialah dua pengarah syarikat.

Dalam pada itu, SPRM telah merampas sejumlah wang tunai berjumlah RM1.2 juta yang dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada bekas menteri dan Timbalan Pengerusi berkenaan.

Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah yang digunakan oleh bekas menteri tersebut sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek itu.

Setakat ini, beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta juga telah dibekukan untuk tujuan siasatan.
-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here