Tak rasa apa pun – PM

0
1

TAK rasa apa pun, tengok-tengok dah selesai, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada sakit atau tidak selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

Perdana Menteri berkata, beliau yakin vaksin berkenaan selamat dan pada masa sama melahirkan kesyukuran kerana menerima suntikan vaksin berkenaan, hari ini.

“Kalau tengok keadaan saya sekarang ni Alhamdulillah, jadi saya nak merayu kepada seluruh rakyat Malaysia dan mereka yang tinggal di Malaysia untuk tampil ke depan mendaftar di dalam MySejahtera supaya dapat ditentukan giliran.

“Insya-Allah negara kita akan bebas dari Covid-19. Jangan takut, segera daftar,” katanya ketika berucap sejurus selesai menerima suntikan.

Terdahulu, Muhyiddin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Ketua Jururawat Pejabat Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim menjadi vaksinator yang memberikan dos pertama vaksin kepada Perdana Menteri sekitar jam 2.44 petang tadi.

Turut sama menerima suntikan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here