JDT lancar jersi musim 2021

0
1

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini melancarkan jersi baharu bagi menghadapi saingan musim 2021 menerusi video yang dimuat naik ke laman rasmi pasukan itu.

Nike kekal sebagai penaja jersi JDT, di mana bagi jersi ‘home’ pasukan berkenaan menampilkan kombinasi warna biru dan merah serta berkonsepkan berlian.

Manakala bagi jersi ‘away’ putih menjadi warna utama disamping terdapat adunan kombinasi biru dan merah. Lebih menarik, jersi kedua ini tampil dengan berkolar.

JDT kelihatan global apabila kerjasama dimeterai bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Disember tahun lalu, menyaksikan logo badan pertubuhan antarabangsa itu telah diletakkan pada bahagian depan jersi.

Setakat ini harga bagi jersi berkenaan masih belum dinyatakan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here