4 frontliner terima suntikan vaksin Covid-19

0
1

SERAMAI empat petugas barisan hadapan menjadi kumpulan ‘frontliner’ pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech, di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Mereka adalah M F Clemet, 36; Khairul Asraf Mohd Yasin, 44; Sheilla Mellisa Sikin, 41, dan Dr Tan Yee Ling, 30.

Keempat-empat mereka adalah petugas kesihatan iaitu Clemet dan Khairul Asraf bertugas di Pejabat Kesihatan Putrajaya, manakala Sheilla dan Dr Yee Ling di Klinik Kesihatan Presint 9.

Mereka menerima suntikan bermula jam 2.47 petang sejurus Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan.

Terdahulu, Ketua Jururawat Pejabat Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim menjadi vaksinator yang memberikan dos pertama vaksin kepada Perdana Menteri jam 2.44 petang tadi.

Turut sama menerima suntikan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan itu adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here