SPM: Kertas 2 Sejarah bocor?

0
1

PEPERIKSAAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 membabitkan Kertas 2 subjek Sejarah didakwa bocor, hari ini.

Memetik laporan The Star, tajuk bagi soalan kertas itu dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan pada jam 10 pagi tadi.

Laporan itu turut mendakwa, antara soalan bocor yang didakwa tersebar adalah topik berkaitan ‘Penentangan di Perak’, ‘Maritim’ dan ‘Wawasan 2020’.

Subjek Sejarah yang merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2 adalah antara subjek teras yang perlu diambil oleh lebih 401,000 calon SPM tahun ini.

Seramai 48,014 pengawas peperiksaan ditugaskan untuk menyelia sepenuhnya peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh peperiksaan yang dijadualkan berlangsung hingga 25 Mac.

Calon SPM pada kali ini juga adalah kumpulan pelajar yang mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype gara-gara penularan pandemik Covid-19. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/22/warga-emas-berusia-65-tahun-duduki-spm-di-negeri-sembilan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here