SETIAUSAHA Agung DAP, Lim Guan Eng menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen boleh bersidang dan tidak patut digantung.
Menerusi hantaran di Facebooknya, bekas Menteri Kewangan itu berkongsi gambar beliau menikmati makan malam berlaukkan sardin, siput sedut dan sayur kailan.
“Makan malam di rumah menyambut berita baik titah Agong bahawa Parlimen tidak patut digantung dan Parlimen boleh bersidang.
“Kita menjunjung kasih Tuanku, dan mendukung demokrasi, akauntabiliti, ketelusan serta mendengar suara rakyat,” katanya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dikuatkuasakan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat Perdana Menteri.
Perkara itu dititahkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin menerusi kenyataan yang disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin hari ini.
Baginda bertitah, anggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/14/guan-eng-hadir-beri-keterangan-kepada-polis/

