Rakyat jangan termakan fitnah dakwa PN ‘kerajaan pintu belakang’

0
1

DEWAN Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) menyeru agar rakyat tidak termakan dengan fitnah yang dilemparkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan pintu belakang kerana jatuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan perebutan kuasa antara pemimpin mereka sendiri.

Ketua Pemuda DPIM, Shahir Adnan berkata, kini pemimpin PH umpama ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’, untuk kembali mendapatkan kuasa.

Menurutnya, hari ini merupakan ulang tahun tumbangnya kerajaan PH selepas 22 bulan memerintah negara yang penuh dengan kegagalan.

“PH sinonim dengan pelbagai persepsi fitnah dan janji palsu yang ditabur hingga akhirnya tumbang sendiri akibat rakus kuasa sesama pemimpin mereka.

“Tumbangnya kerajaan PH adalah disebabkan oleh peletakan jawatan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakibatkan seluruh portfolio Menteri kabinet secara automatik terlucut.

“Fakta ini menunjukkan bahawa kerajaan PH tumbang sendiri disebabkan pemimpin nombor satu mereka yang tidak mahu mengemudi kerajaan mereka kerana kecewa, muak dan mual dengan perangai mereka sendiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahir berkata, parti politik pembangkang ketika pemerintahan PH bermuafakat untuk menyelamatkan keadaan dan membentuk kerajaan PN.

Katanya, pihaknya menzahirkan rasa terima kasih kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan hari ini, terutama dari Pas dan Umno selaku parti tunjang yang memikul tanggungjawab politik agar negara tidak terjerumus ke lembah malapetaka politik mainan PH. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/17/sprm-beku-akaun-rampas-rm1-2-juta-susulan-penahanan-timbalan-pengerusi-parti-politik/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here