Sekolah dibuka: Puad cadang sidang Parlimen di dewan sekolah

0
1

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi secara sinis mencadangkan agar sidang parlimen dilaksanakan di dewan sekolah.

Kenyataan Mohd Puad itu susulan daripada tindakan kerajaan yang memutuskan untuk membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka secara berperingkat bermula bulan hadapan.

Tambahan pula katanya, dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pusat membeli belah juga dibenarkan beroperasi seperti biasa sekali gus menyebabkan kawasan itu sesak dengan pengunjung.

“Tahniah di atas kejayaan PKP. Kalau PKP gagal mana mungkin ‘shopping complex’ buka sepenuhnya apatah lagi PKP masih berkuat kuasa sehingga 4 Mac 2021.

“Ramai sungguh orang pergi shopping di Alamanda dan Mall IOI Putrajaya. Macam nak sambut hari raya,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Mohd Puad berkata, pembukaan sekolah pada 1Mac iaitu tiga hari lebih awal daripada tempoh PKP ditamatkan membuktikan virus Covid-19 hanya ‘serang’ parlimen.

“Sekolah pun akan buka pada 1 Mac iaitu tiga hari lebih awal sebelum PKP tamat.

“Oleh kerana dewan sekolah boleh pakai, maka saya setuju sidang Parlimen buat di Dewan Sekolah. Virus Covid-19 cuma serang Parlimen. Apa ada hal,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan sesi persekolahan tahun ini akan dibuka secara berperingkat bermula Mac depan.

Untuk sesi persekolah bagi murid pra sekolah, murid tahun satu dan tahun dua akan bermula pada 1 Mac 2021.

Manakala, sesi persekolahan murid tahun tiga, empat, lima dan enam bermula 8 Mac 2021.

Bagi pelajar sekolah menengah pula, sesi persekolahan akan bermula selepas tamat cuti pertengahan penggal, iaitu 5 April. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here