Remaja maut terbabas ke dalam Parit

0
1

SEORANG remaja lelaki ditemui tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir, Batu 5, Parit Buntar hari ini.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mazuki Mat berkata, mangsa, Mohammad Irwan Syafiq Mazlan, 24, ditemukan oleh penduduk kampung pada 12.37 tengah hari tadi.

“Mangsa kemudiannya diangkat dan dibawa oleh orang awam ke tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha Ego yang ditunggang mangsa dipercayai dari arah Parit Haji Tahir menghala Pekan Batu 5 dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

“Mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk proses bedah siasat,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here