Harimau serang ternakan berjaya ditangkap

0
1

SEEKOR harimau belang jantan berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia hari ini di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu.

Harimau berkenaan berjaya ditangkap melalui tembakan ubat pelali dalam satu operasi petang tadi.

Harimau berkenaan berjaya ditangkap melalui tembakan ubat pelali

Perhilitan dalam satu kenyataan memaklumkan harimau berkenaan
tercedera kerana terdapat tiga kesan tembakan pada bahagian kaki belakangnya.

“Harimau ini akan dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), untuk rawatan susulan dan pemantauan lanjut.

“Kejayaan tangkapan pada hari ini diharap dapat menyelesaikan masalah gangguan harimau yang telah menyerang ternakan penduduk sekitar ladang tersebut sejak November tahun lalu,” menurut kenyataan itu.

Anggota perhilitan berusaha memindahkan harimau ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan ( NWRC )

Pihak Perhilitan pada Disember lalu, memaklumkan menerima aduan mengenai serangan harimau belang ke atas ternakan orang Kampung di Felda Kerteh 4, Kemaman, Terengganu pada 24 November tahun lalu.

Susulan itu, pemantauan secara berterusan di lokasi kejadian sejak menerima aduan kehadiran haiwan pemangsa terbabit termasuk pemasangan perangkap harimau dan kamera di sekitar kawasan turut dilakukan.

Jabatan itu memaklumkan operasi tangkap dan pindah hanya akan dilakukan sebagai inisiatif terakhir sekiranya tangkapan menggunakan perangkap gagal. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here