Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini

0
2

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mengumumkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan ke Rabu ini, berbanding tarikh asal yang dijadualkan pada Jumaat.

Khairy berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin akan menjadi individu pertama disuntik dengan vaksin Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Putrajaya.

Katanya, ia diikuti Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dengan program suntikan dijadual bermula selepas selesai mesyuarat Kabinet.

Beliau membuat kenyataan itu dalam sidang media selepas majlis penyerahan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini. – Malaysiapost

Foto : Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here