PERKHIDMATAN bas hidrogen bagi semua laluan di sekitar Bandaraya Kuching dihentikan buat sementara waktu bagi tujuan sanitasi dan saringan Covid-19 kepada semua pemandu.
Sarawak Metro dalam satu kenyataan, berkata keputusan itu dibuat susulan beberapa pemandu dipercayai terdedah kontak rapat pesakit Covid-19 baru-baru ini.
“Sehubungan itu, Sarawak Metro juga ingin memastikan semua pemandu menjalani pemeriksaan Covid-19 dan semua bas disanitasi.
“Kami sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak sejak meneruskan operasi percubaan pada 2 September lalu.
“Termasuklah proses sanitasi bas dan memastikan semua penumpang memakai pelitup muka serta memeriksa suhu,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, Sarawak Metro akan memaklumkan kepada orang ramai sebaik sahaja perkhidmatan ini kembali beroperasi. – Malaysiapost

