Lelaki maut tertembak diri sendiri

0
2

SEORANG lelaki maut selepas dipercayai tertembak diri sendiri di perut menggunakan senapang patah ketika memburu di kawasan Hutan Latong, Machan, Kanowit di Sarawak malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, mangsa berusia 30 tahun keluar memburu bersama tiga rakannya.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan Tega Bilong, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang membawa senapang patah berjalan di hadapan diekori rakannya di belakang.

“Selepas beberapa minit memasuki hutan, secara tiba-tiba rakan mangsa terdengar bunyi letupan senjata api dari arah mangsa pada jarak kira-kira 10 meter di hadapan.

“Mereka kemudiannya mendapati mangsa berada dalam keadaan berlumuran dengan kesan tembakan di bahagian perut,” katanya satu dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kanowit untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad kecemasan pada jam 11.15 malam.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Sibu untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here