Pemimpin hadir mesyuarat MKT Umno positif Covid-19

0
2

SEORANG pemimpin Umno yang hadir Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu di Janda Baik, Pahang kelmarin, dilaporkan positif Covid-19.

Memetik laporan Astro Awani, ahli MKT itu difahamkan pemimpin kanan satu bahagian Umno di Selangor.

Susulan itu, beberapa pemimpin tertinggi Umno yang hadir mesyuarat tersebut dilaporkan telah melakukan ujian saringan Covid-19 dengan segera.

Menurut Astro Awani, sumber yang juga pegawai khas kepada seorang menteri Kabinet berkata, menteri tersebut segera membuat ujian saringan semalam.

“Benar, Datuk Seri (menteri berkenaan) hadir pada mesyuarat itu. Esoknya terus beliau buat swab test,” katanya.

Bagaimanapun, pegawai itu enggan mendedahkan identiti ahli MKT yang dilapor positif Covid-19.

Antara pemimpin hadir mesyuarat MKT di Institut Latihan Memperkasakan Ilmu (ILMU) itu ialah Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here