Polis serbu pejabat syarikat penerbitan buku memoir Tommy Thomas

0
1

PEJABAT syarikat penerbitan GerakBudaya Enterprise yang menerbitkan buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ diserbu polis hari ini.

Pengasas Gerak Budaya, Chong Ton Sin berkata, pegawai polis terbabit berada di pejabatnya lebih dari satu jam dan merampas dua komputer.

“Mereka datang kira-kira 11 pagi dan pulang sekitar tengah hari. Mereka tidak banyak bercakap sekadar memberitahu mahu mengambil komputer.

“Ia cukup mengganggu,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Menurutnya, banyak data berkaitan tugasan harian ada dalam komputer itu dan terpaksa menangguhkan kerja sehingga ia dikembalikan.

Katanya, sebelum ini, pegawai dari Bukit Aman juga sudah mengambil keterangannya sebanyak dua kali sebelum Tahun Baru Cina yang lalu.

“Kali ini mereka tidak bertanya apa-apa,” katanya.

Sebelum ini polis memaklumkan menerima 134 laporan di seluruh negara berkaitan kandungan buku bekas peguam negara itu.

Antara yang membuat laporan adalah bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas peguam cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria. -Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/buku-tommy-thomas-banyak-aspek-karut-takiyuddin/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here