1,584 sukarelawan setuju jalani ujian klinikal vaksin Covid-19

0
1

SEJAK ujian klinikal vaksin Covid-19 fasa 3 dilancarkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada 27 Januari lalu, seramai 1,584 sukarelawan telah bersetuju menyertai kajian itu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), secara keseluruhan ujian itu mendapat sambutan dan sehingga 14 Februari lalu, seramai 8,311 orang telah menghubungi sembilan hospital yang terlibat dalam percubaan klinikal itu.

“Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan yang bersetuju untuk menyertai kajian vaksin ini.

“Sumbangan anda dalam pembangunan vaksin SARS-CoV-2 amatlah dihargai dan digalakkan terutama sekali pada masa pandemik Covid-19 ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut KKM, daripada 1,584 sukarelawan yang telah bersetuju menyertai kajian vaksin berkenaan, sebanyak 45 peratus sudah menerima dos pertama vaksin kajian atau plasebo.

“Kajian vaksin ini turut akan menguji keberkesanan dan keselamatan vaksin kajian bagi golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

“Ini adalah penting agar keputusan daripada percubaan klinikal ini dapat menunjukkan bahawa vaksin kajian samada boleh digunakan untuk golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya.

KKM memaklumkan seramai 315 hingga 450 warga emas diperlukan dalam kajian vaksin itu dan kementerian mengalu-alukan sukarelawan daripada golongan itu yang berminat dalam menyumbang dalam pembangunan vaksin Covid-19.

“Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kajian vaksin ini, sila hubungi hospital yang terlibat dalam kajian ini melalui WhatsApp (atau Telegram untuk Hospital Ampang).

“Anda akan dibalas dalam masa 24 jam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here