AS, UK dan Kanada kecam hukuman mahkamah terhadap Malaysiakini

0
1
free malaysia today fmt

AMERIKA Syarikat (AS), United Kingdom dan Kanada hari ini mengecam hukuman mahkamah yang dijatuhkan ke atas portal berita Malaysiakini.

Kedutaan AS di Malaysia dalam kenyataan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Malaysiakini adalah sesuatu yang membimbangkan dan mempunyai kesan terhadap kebebasan akhbar di negara ini.

“Kebebasan bersuara, termasuk untuk ahli media dan masyarakat awam, adalah asas untuk wacana terbuka dan prinsip demokrasi yang menyokong akauntabiliti dan pemerintahan yang baik,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu dibuat secara bersama membabitkan Pesuruhjaya UK di Malaysia, Charles Hay dan Pemangku Pesuruhjaya Kanada di Malaysia, Esther Van Nes yang turut menzahirkan kebimbangan dengan keputusan yang dibuat terhadap Malaysiakini.

“Kebebasan media adalah asas kepada kepentingan terhadap keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan dalam semua lapisan masyarakat.

“Rakyat mesti dibenarkan berbincang dan berdebat mengenai sebarang isu secara bebas,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Malaysiakini membayar denda sebanyak RM500,000 kerana menghina mahkamah, tahun lalu.

Hakim Tan Sri Rohana Yusuf memutuskan demikian selepas mengambil kira komen-komen menghina mahkamah yang diterbitkan di portal terbabit telah tersebar di negara ini dan juga boleh diakses di luar negara.

Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 6-1 memutuskan portal itu telah menghina mahkamah kerana menerbitkan komen yang tidak wajar di laman sesawangnya. -Malaysiapost

Foto Kredit: Free Malaysia Today

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/02/19/hina-mahkamah-malaysiakini-didenda-rm500000/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here