Jumlah penumpang ikut kapasiti kenderaan mulai esok

0
1

BERMULA esok, kerajaan membenarkan jumlah penumpang dalam kenderaan persendirian mengikut kapasiti tempat duduk di dalam kenderaan berkenaan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berkuat kuasa di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Beliau berkata, kebenaran itu diputuskan dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

“Kebenaran itu melibatkan semua negeri sama ada di bawah PKP, PKPB dan PKPP setelah penelitian dibuat susulan rayuan yang diterima daripada pelbagai pihak,” katanya dalam sidang media hari ini.

Bagaimanapun aktiviti rentas daerah dan negeri masih tidak dibenarkan.

Sebelum ini hanya dua individu daripada satu keluarga dibenarkan menaiki satu kenderaan dengan radius jarak dibenarkan cuma 10 kilometer.

Kelmarin, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan membatalkan syarat pergerakan dalam radius 10 kilometer yang bermaksud pergerakan dalam daerah sama dibenarkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here