PEMINAT drama kepolisan Gerak Khas pasti mengenali pelakon, Mohd Farid Amirul Hisham Wu Abdullah yang memegang watak sebagai Detektif Lim.
Pelakon itu telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Nor Hayati Abdullah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam.
Berita gembira tersebut dikongsi pelakon, Zulkifli Ismail yang memuat naik gambar perkahwinan Mohd Farid dan pasangannya di akaun Instagram.
Menerusi hantaran itu, Zulkifli memaklumkan majlis nikah telah berlangsung secara ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAWI.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan telah terserempak dengan pasangan itu semalam.

“Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada ‘Sub Inspektor Lim’ daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur semalam.
“Semoga En Farid Amirul Hisham Abdullah dan isteri berbahagia dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
“Saya pasti DCP Datuk Helmi dan Detektif Lingam amat gembira dengan perkhabaran ini,” tulisnya. – Malaysiapost

