Langkau sekolah 3 bulan, Sharifah Sofia kenang memori bersama NTV7

0
1

PELAKON Sitcom Spanar Jaya yang pernah bersiaran di NTV7, Sharifah Sofia turut tidak melepaskan peluang memberi penghargaan dan mengucapkan selamat tinggal kepada stesen televisyen itu.

Menerusi hantaran di Twitternya, Sharifah Sofia berkongsi pengalaman dan kenangannya yang memulakan kerjaya pada usia 15 tahun bersama NTV7 melalui rancangan siri tv komedi berkenaan.

Sitkom yang pernah popular itu mula bersiaran dari 8 Mac 1999 hingga 27 September 2005.

Ia turut dibintangi mendiang Rambo Chin, Datuk Ahmad Idham, Allahyarham Zaibo, Wardina Safiyyah, Opie Zami, Annahita Bakavoli, Syed Hussein dan Deanna Yusoff.

“NTV7 adalah di mana semuanya bermula untuk saya.

“Sejurus selepas PMR (Penilaian Menengah Rendah) saya masuk ke dunia hiburan. Melangkau tiga bulan sekolah untuk penggambaran 52 episod Spanar Jaya.

“Cek gaji paling besar pernah diterima ketika umur 15 tahun.. pengalaman yang mengubah hidup. #ntv7 #spanarjaya #memories,” tulisnya.

Semalam, pengacara dan pelakon, Sarimah Ibrahim yang memulakan karier di NTV7 juga meluahkan rasa sedih serta mengucapkan terima kasih kepada stesen tv itu.

NTV7 masih berada di bawah naungan Media Prima Berhad (MPB) namun kini memberi fokus kepada saluran TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM bermula hari ini. -Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/16/ntv-7-tutup-kedai-ganti-didiktv-kpm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here