Pokok seakan solat di Lipis

0
1

TULAR gambar sebatang pokok yang ditemui menyerupai orang sedang bersolat berhampiran Masjid Kampung Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Berdasarkan perkongsian di group Facebook Warga Kuantan Official, ia ditemui seorang penduduk, Azman Wahab.

Katanya, batang pokok langsat itu susah mati dan imej kelihatan seperti orang sedang bersolat terhasil selepas terdapat lingkaran tumbuhan menjalar.

“Pokok ini juga mengadap kiblat berhampiran dengan kawasan masjid di atas tanah milik persendirian.

“Sebelum ini, memang tidak nampak dan hanya beberapa minggu ini baru diketahui,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Beliau yang juga pesara guru memuat naik gambar tersebut di laman Facebook miliknya untuk menunjukkan kekuasaan Allah terhadap ciptaan-Nya.

“Memang rasa kagum dan perkongsian tersebut mendapat reaksi positif rakan-rakan Facebook dan mereka yang melihat gambar tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here