Kelantan FC lancar jersi baharu

0
1

KELANTAN FC secara rasmi telah melancarkan jersi baharu pasukan untuk saingan Liga Premier musim 2021 secara atas talian menggunakan laman sosial Facebook mereka.

Tiga varian warna telah dilancarkan di majlis tersebut – merah, putih dan alternatif.

Berdasarkan video pelancaran dan maklumat yang dihebahkan, harga jersi Kelantan FC musim 2021 ini berharga RM189 untuk edisi premium termasuk sehelai mafla pasukan. Untuk mereka yang mahukan ‘name set’, tambahan RM25.

Jersi hitam emas dilihat sebagai satu tarikan yang mungkin mampu menggugat jersi utama Kelantan FC berdasarkan komen-komen penyokong The Red Warriors selepas melihat pelancaran jersi tersebut, yang kelihatan lebih elegan.

Jersi Kelantan FC kini boleh dibeli secara online melalui platform Shopee, dan semua tempahan kini dibuat secara pre-order yang akan dihantar dalam tempoh 30 hari mengikut maklumat yang dipaparkan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here