AJL35 bersiaran tanpa penonton 14 Mac

0
1

SETELAH siaran terpaksa ditunda bulan lalu, Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) kini dijadual bersiaran secara langsung tanpa penonton di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 14 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata pihaknya telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu.

“Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

“Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu.

“Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

“Bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan.

AJL35 yang membariskan pengacara Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari pada awalnya dijadualkan bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya yang disebabkan oleh pelanjutan tempoh PKP. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/sektor-industri-kreatif-dibenar-beroperasi-semula/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here