Kedai nombor ekor kembali beroperasi hari ini

0
1

OPERATOR perjudian nombor ramalan diberi kebenaran untuk kembali beroperasi mulai hari ini setelah ditutup atas larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

Pengumuman pembukaan kembali operasi dimuatnaik oleh Sports Toto Malaysia Sdn Bhd, Magnum Bhd dan Pan Malaysian Pools Sdn Bhd (Da Ma Cai) melalui media sosial dan laman web masing-masing.

Pan Malaysian Pools menyatakan Da Ma Cai akan dibuka dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) dan keselamatan pelanggan.

“Semua kedai kami akan dibuka esok (16 Februari),” katanya.

Manakala Magnum pula menawarkan cabutan khas sempena pembukaan semula.

“Jangan ketinggalan cabutan khas pada 16 Februari! Magnum 4D Jackpot kini hampur RM16 juta,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here