ZOO Maya dilihat alternatif terbaharu Zoo Negara sebagai usaha untuk meneruskan kelangsungan operasinya.
Konsep bakal ditampilkan itu dilihat memberi kesan signifikan dengan keadaan negara yang masih dilanda Covid-19.
Timbalan Presidennya, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata menerusi konsep itu pencinta haiwan boleh melihat pelbagai spesies di Zoo Negara melalui konsep maya di seluruh dunia.
Katanya, konsep itu juga mampu menjadi platform terbaharu untuk memastikan Zoo Negara terus beroperasi dengan hasil kutipan bayaran daripada hanya bergantung sepenuhnya kepada pengunjung.
“Sejak pandemik Covid-19, pihak zoo hanya dapat beroperasi beberapa kali dalam tempoh singkat, sebelum diarah tutup oleh kerajaan bagi mengelak penularan.
“Jadi menerusi konsep zoo maya ini, orang ramai boleh melihat haiwan menerusi platform maya tanpa perlu datang ke Zoo Negara.
“Konsep ini dilihat mampu menjana pendapatan baharu kepada Zoo Negara supaya tidak terus terkesan jika tidak dapat beroperasi,” katanya seperti dilapor BH.
Beliau berkata, konsep berkenaan masih lagi diperhalusi dan beberapa syarikat akan mengemukakan kertas kerja untuk dinilai dari segi kos dan keberkesanannya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2020/12/02/kerajaan-cari-jalan-bantu-zoo-negara/

