Bantu rakyat hilang kerja usahakan sektor pertanian – Zahid

0
1

SEKTOR pertanian boleh dioptimumkan untuk membantu rakyat yang terjejas, khususnya kehilangan pekerjaan akibat kesan pandemik Covid-19.

Perkara itu disuarakan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan kerajaan perlu memikirkan sesuatu untuk rakyat yang dibuang kerja serta apa yang patut dilakukan jika ekonomi negara terus berada pada paras negatif.

“Sebelum ini diceritakan mengenai mereka yang hilang pekerjaan berjaya dalam bidang pertanian.

“Menanam cili dan sebagainya tanpa memerlukan kawasan yang terlalu besar.

“Alangkah baik jika lebih banyak bantuan kewangan segera disediakan kepada rakyat yang mahu mengusahakan tanaman,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, ketika sektor lain terjejas akibat Covid-19, industri berasaskan makanan dan pertanian sentiasa mendapat sambutan.

“Jika itu dilakukan, sekurang-kurangnya membantu  ekonomi rakyat sekali gus menjamin sekuriti makanan negara,” katanya.

Beliau berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) dilaporkan susut 5.6 peratus pada 2020 iaitu yang terburuk sejak 1998 dan kali terakhir KDNK tahunan negara dilapor mencatatkan kemerosotan -1.5 ialah peratus pada 2009.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan hari ini berpandangan KDNK -5.6% tahun 2020 suatu perkembangan yang baik.

“Ia kerana unjuran awal Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF adalah -5.8 peratus. Saya tepuk dahi.

“Rakyat kesuntukan masa. Mereka tiada mampu menunggu unjuran seterusnya dengan harapan akan lebih baik.

“Kesan ekonomi mikro ke atas rakyat bersifat semasa, bukan terakru. Amat besar dan memeritkan,” katanya.

Beliau berkata, umum maklum pandemik Covid-19 antara penyebab kepada penyusutan ekonomi, selain ketidakstabilan politik juga antara faktor pelabur memindahkan operasi ke negara lain.

“Namun dengan dasar dan perancangan efektif, kesan langsung terhadap ekonomi rakyat boleh diminimumkan.

Bagaimanapun apa yang berlaku setakat Disember lalu, seramai 772,900 dilaporkan hilang pekerjaan.

“Saya bimbang ramalan mengatakan kadar pengangguran akan bertambah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here