Piala FA: Man Utd layak ke suku akhir

0
2
Scott McTominay menjaringkan gol tunggal Man Utd ketika menentang West Ham United, pagi tadi

GOL Scott McTominay pada masa tambahan memastikan Manchester United layak ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan West Ham United, awal pagi tadi.

Manchester United dan West Ham terikat tanpa jaringan untuk aksi 90 minit di Old Traford.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tampil dengan aksi dominan pada awal separuh masa pertama. Namun, tuan rumah bergelut untuk memecahkan kebuntuan.

Manchester United mempunyai peluang keemasan untuk membuka jaringan pada minit ke-27 ketika Victor Lindelof. Namun Lukasz Fabianski berjaya menafikannya.

David Moyes jelas berpuas hati dengan disiplin para pemainnya ketika bertahan.

West Ham seperti dijangka, bertahan, menyerap asakan dan cuba melakukan serangan balas dan mengancam United menerusi bola mati.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan 30 minit.

United hanya memerlukan tujuh minit pada masa tambahan untuk menjaringkan gol menerusi Scott McTominay selepas menyambar hantaran mudah daripada Rashford.

Tiada tambahan gol dihasilkan dari kedua pasukan dalam baki perlawanan. Dan United mara ke pusingan seterusnya dengan kemenangan tipis 1-0. -Malaysiapost

Scott McTominay menjaringkan gol tunggal Man Utd ketika menentang West Ham United, pagi tadi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here