Tiada keperluan sambung PKP – Najib

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat tiada keperluan buat kerajaan menyambung semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia susulan pengumuman yang dibuat semalam, menyaksikan hampir semua jenis perniagaan boleh menyambung semula operaso bermula hari ini.

“Dine-in, kedai pakaian, kedai permainan, kedai perabot, kedai gunting rambut, pasar malam, kedai solek, kedai bunga dan hampir semua boleh diteruskan sebab semua maklum bahawa covid hanya berbahaya dalam parlimen.

“Tiada lagi makna untuk PKP. Tukar sahaja kepada PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) + larangan rentas negeri untuk urusan bukan komersial,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu juga melihat tiada keperluan buat polis mengadakan sekatan jalan raya selepas pengumuman semalam.

“Hentikan juga segala road-block dalam bandar sebab ianya akan sangat susah untuk PDRM mengawal setelah hampir semua jenis perniagaan sambung beroperasi.

“Jangan Malaysia jadi satu-satunya negara dalam dunia di mana ‘lock-down’ sebenarnya bermaksud ‘all open’,” katanya.

Semalam, kerajaan bersetuju membenarkan baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan kembali beroperasi esok bagi memastikan kelangsungan ekonomi khususnya kepada peniaga-peniaga kecil.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, baki sektor peruncitan yang akan dibuka termasuk kedai pakaian, fesyen dan aksesori, kedai barangan fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga dan nurseri.

Kerajaan membuat keputusan melanjutkan PKP 2.0 di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 Februari lalu hingga 18 Februari ini. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here