‘Fulll PKP’ alternatif terbaik kurangkan kes Covid-19 – Zahid

0
2

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamidi berpandangan hanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh dapat mengurangkan kes harian jangkitan Covid-19.

Namun, Presiden Umno itu berkata, alternatif ‘full PKP’ termasuk kerajaan dan bank beri bantuan kewangan kepada rakyat itu kurang mendapat perhatian kerana pihak yang berwajib kelihatan lebih terarah kepada ‘half PKP’ seperti yang diguna pakai ketika ini.

Katanya, kini timbul kebimbangan baru selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin yang menyatakan vaksin sedia ada mungkin kurang berkesan terhadap varian baharu Covid-19.

“Sebab itu sejak awal saya konsisten dengan cadangan yang menjurus ke arah alternatif pertama (full PKP). Bagaimanapun keputusan pihak yang berwajib kelihatan lebih terarah kepada alternatif kedua (half PKP).

“Sebab itu juga saya kerap menyuarakan keluhan rakyat yang terpaksa hidup dengan alternatif kedua yang menyebabkan mereka masih perlu keluar rumah untuk menyara hidup walaupun dalam keadaan pasaran yang lembab dan jangkitan masih mencanak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, dalam situasi berkenaan langkah terbaik yang boleh diambil adalah dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Apa yang boleh kita lakukan dalam situasi hari ini ialah dengan berusaha menjaga diri sebaik mungkin mengikut SOP yang ditetapkan dan banyakkan berdoa memohon perlindungan kepada Allah agar terpelihara dari wabak Covid-19 ini,” katanya.

Sebelum ini media antarabangsa melaporkan kewujudan varian baharu Covid-19, menimbulkan persoalan sama ada vaksin sedia ada berkesan atau sebaliknya.

Sehubungan itu, WHO mendesak firma farmaseutikal untuk segera mengadaptasi vaksin keluaran mereka supaya ia kekal relevan terhadap apa jua varian baharu yang dikesan.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus mengakui bimbang dengan laporan bahawa vaksin mungkin kurang berkesan terhadap varian yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan.

“Kemunculan varian baharu virus telah menimbulkan persoalan mengenai potensi kesan varian tersebut terhadap vaksin,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/misi-who-gagal-kenal-pasti-punca-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here