JANGKITAN Covid-19 di Malaysia kembali mencatatkan angka melebihi 3,000 apabila sebanyak 3,288 kes dilaporkan hari ini.
Jumlah itu menjadikan kes keseluruhan dalam negara meningkat kepada 251,604, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Semalam Malaysia merekodkan kes harian terendah dalam tempoh sebulan apabila mencatatkan 2,764 kes.
Menurut KKM, daripada keseluruhan kes hari ini, lima adalah kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 52,186 kes di sebalik 1,929 kes sembuh baharu.
Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,757 berbanding 862 kes semalam, diikuti Kuala Lumpur (408), Johor (369), Negeri Sembilan (157), Sarawak (135) dan Sabah (132).
Negeri yang mencatatkan jangkitan di bawah 100 ialah Melaka dengan 92 kes, Pulau Pinang (59), Perak (42), Kedah (48), Kelantan (44), Terengganu (24), Pahang (14), Putrajaya (4) dan Labuan (3) manakala tiada kes baharu di Perlis.
Sebanyak 14 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 923 kes. – Malaysiapost

