PKPD di Kampung Teluk, Setiawan mulai esok

0
1

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula esok susulan peningkatan kes Covid-19 di lokati berkenaan.

Perintah itu dilaksanakan sehingga 24 Februari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan peningkatan kes di kampung berkenaan.

“Sehingga semalam, KKM melaksanakan 43 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Teluk, Setiawan, bermula 11 sehingga 24 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, PKPD itu untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk dan mengawal jangkitan dalam komuniti.

Sementara itu, Ismail berkata seramai 438 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Sejak 24 Julai 2020, seramai 119,156 individu telah pulang ke tanah air dan kesemua ditempatkan di 73 hotel dan 12 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

“Seramai 6,201 individu dikuarantin dan secara kumulatifnya, seramai 112,429 orang dibenarkan pulang manakala 526 lagi dibawa ke hospital,” katanya. – Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here