42,500 lelaki Malaysia terjebak dalam kancah ‘Sugar Daddy’

0
2

SERAMAI 42,500 lelaki Malaysia telah memilih untuk bergelumang menjadi ‘sugar daddy’, sekali gus ‘ranking’ ketiga tertinggi dalam kalangan negara Asia di belakang Indonesia dengan 60,250 orang.

Menurut laman sesawang Seeking Arragement, senarai paling atas negara Asia diungguli India dengan 338,000 atau 61 peratus daripada jumlah keseluruhan 556,000 ‘sugar daddy’ di rantau ini.

Seeking Arrangement yang menyediakan aplikasi temu janji lelaki dan perempuan berkata, negara dengan kadar pendidikan tinggi terbukti lebih mendorong pelajar wanita untuk mencari ‘sugar daddy’ sebagai dahan untuk berpaut untuk mengurangkan masalah yang dihadapi mereka.

Dikatakan Malaysia mencatat hutang tertunggak pinjaman pelajar sebanyak RM39 bilion pada 2018.

Menurut laporan itu, keputusan yang sama dicatatkan di Korea Selatan dan Jepun, di mana masing-masing mencatat 90 peratus dan 76 peratus dari segi keutamaan terhadap pendidikan tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SeekingArrangement, Brandon Wade, berkata jurang antara kaya dan miskin di Asia yang semakin melebar dalam dua dekad terakhir mendorong lebih banyak wanita mencari lelaki yang lebih tua atas pelbagai alasan.

“Pentas seperti SeekingArrangement membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki yang lebih kaya atau mewah.

“Mereka bukan sekadar menyelesaikan masalah kewangan wanita terbabit, malah menjadi mentor atau batu loncatan bagi masa depan lebih baik untuk ‘sugar babies’ berkenaan,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here