TMJ jadi ‘orang tengah’ minta Sumareh kurangkan hutang Pahang

0
2

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) sedia menjadi orang tengah untuk berunding dengan Mohamadou Sumareh bagi mengurangkan hutang RM4.9 juta yang ditanggung oleh pasukan Pahang.

Kesediaan TMJ itu dinyatakan menerusi komen yang ditinggalkan baginda di Instagram pahangfansclub.

“Terima kasih Pahang. Saya akan nego dengan dia untuk settle dengan Pahang cara baik dan kurangkan harga settlement Pahang hutang dia,” kata TMJ pada ‘posting’ selamat maju jaya Sumaresh dari Pahang ke JDT.

Menguatkan lagi kesediaan TMJ ingin membantu Pahang, TMJ memuatnaik gambar di instastory baginda bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah.

Turut kelihatan dalam gambar berkenaan adalah dua bekas tonggak pasukan Pahang iaitu Sumaresh dan Matthew Davies.

Sebelum ini, Sumareh mengambil tindakan untuk membuat aduan rasmi ke Fifa kerana tidak dibayar gaji selama beberapa bulan ketika bersama skuad Tok Gajah musim lalu.

Sumareh menandatangani kontrak dengan Pahang sehingga 2022 dan mempunyai kenaikan gaji sebanyak AS$5,000 (RM20,362) setahun pada musim kedua.

Bagaimanapun, Fifa mendapati Pahang gagal membayar gaji mengikut kontrak yang ditandatangani dan diminta membayar AS$1.2 juta (RM4.9 juta) kepada pemain itu. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/pbnp-kena-bayar-sumareh-rm4-9-juta/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here