SOP PKP 2.0 tidak longgar tapi lebih bersasar – Dr Noor Hisham

0
1

Nurul Huda Abhar

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dilaksanakan sedikit berbeza daripada PKP terdahulu kerana lebih bersifat bersasar dalam tindakan mengawal virus Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata fokus utama adalah pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) berbanding ketika pelaksaan PKP 1.0 mahupun PKP Bersyarat.

“Dulu PKP 1.0 kita melaksanakan satu kaedah yang amat ketat sekali. Walaupun ada negari yang tiada kes pun kita laksana PKP.

“Yang penting pematuhan SOP. Kalau ada disiplin yang tinggi untuk mematuhi SOP kita boleh elakkan dari jangkitan.

“Sudah setahun jadi kita telah belajar bahawa virus ini akan mati jika tidak jumpa ‘host’ yang baru atau tidak jangkiti orang yang baru. Jika kita dapat kawal dalam masa dua minggu, virus itu akan mati,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sejak pelaksanaan PKP 2.0 pada 13 Januari lalu, perbezaan masih tidak diperolehi pada minggu kedua dan yang paling dielakkan adalah lonjakan kes yang mendadak.

Katanya, kes tertinggi yang dicatatkan dua minggu pertama PKP 2.0 adalah 5,268 kes pada 31 Januari lalu dan selepas itu kawalan kes baharu semakin stabil.

Menurut beliau, selepas dua minggu pelaksanaannya, penurunan kes dapat dilihat tetapi pihaknya tidak hanya melihat pada angka R-Naught dan Rt tetapi pemantauan kes dilakukan di setiap negeri.

“Banyak kes-kes berlaku berkaitan rentas negeri dan dalam komuniti. Contoh di Sabah kita longgarkan untuk merentas daerah dan kes meningkat. Kini kita perketatkan semula kes semakin menurun dan itu perkembangan yang baik.

“Setakat ini kita ada 31 kluster rentas negeri yang melibatkan 4,366 individu. Kalau kita patuh SOP kita boleh kembali kepada PKPB dan seterusnya PKP Pemulihan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/04/pkp-2-0-separuh-masak-kerajaan-perlu-pendekatan-baharu-najib/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here