Sultan Nazrin titah pertandingan cipta logo Perak FC diadakan

0
1

ISU logo Perak FC yang dikritik hebat, mendapat perhatian Sultan Nazrin Shah yang menzahirkan titah nasihat agar maklum balas penyokong didengari, dihormati dan diberikan perhatian.

Berikutan itu, baginda menzahirkan titah nasihat sebaik-baiknya diadakan pertandingan mereka cipta logo Perak FC yang baharu dengan penyertaannya dibuka kepada rakyat negeri itu.

Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khairul Shahril Mohamed berkata sehubungan itu satu pertandingan mencipta logo Perak FC dilancarkan hari ini.

Beliau berkata, pemilihan logo baharu akan dibuat oleh panel penilaian terdiri pelbagai pihak yang berpengetahuan, berkepentingan dan berminat.
“Logo yang terpilih akan diperakukan bagi pertimbangan dan persetujuan secara kolektif Jawatankuasa Perak FC sebelum diterima pakai sebagai logo rasmi Perak FC,” katanya dalam sidang media di Bota hari ini, lapor Utusan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan Perak berkata Sultan Nazrin turut menzahir titah peringatan bahawa bola sepak ialah sukan yang mempunyai paling ramai peminat di negara ini, oleh itu suara rakyat dan pilihan rakyat wajib diperoleh, dihormati dan dihargai.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharunya menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad dilaporkan berkata pihaknya kekal dengan keputusan menggunakan logo baharu Perak FC itu meskipun menerima kritikan daripada penyokong The Bos Gaurus. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/01/24/bayar-gaji-atau-pemain-angkat-kaki-peja/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here