Nurul Huda Abhar
JEMAAH menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara masih perlu menjalani pengawasan terperinci oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan tidak tertakluk kepada pemerhatian selama tiga hari sahaja.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pengawasan yang telah dimaktub boleh berlanjutan lebih daripada tujuh hari atau sehingga 21 hari.
“Daripada pemakaian Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), sebaliknya mereka (menteri) hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
“Jadi ‘atau’ itu mungkin sehingga tujuh hari, atapun 14 hari, dan mungkin dilanjutkan sehingga 21 hari. Jika mereka pulang ke tanahair, berdasarkan akta 29 mereka perlu patuh pada ‘bubble’ (gelembung), sebelum mereka bertolak kena kemukakan permohonan kepada jemaah menteri
“Jika Kabinet meluluskan, KKM akan lihat judual prosedur operasi standard (SOP) dan urusan rasmi dan KKM akan lihat jadual aktiviti-aktiviti yang ringkas dan tidak melibatkan orang ramai.
“Yang penting mereka kena guna pesawat sendiri. Jika pesawat komersial kita tidak pertimbangkan. Jadi ada perincian untuk jelaskan ‘bubble’ ini. Melalui ‘bubble’ itu kita dah pertimbangkan untuk tempoh pemerhatian tiga hari,” katanya dalam sidang media hari ini.
Kenyataan beliau merujuk kepada laporan bahawa jemaah menteri yang pulang dari lawatan rasmi luar negara hendaklah menjalani pemerhatian selama tiga hari atau pengawasan sehingga boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perintah tersebut dinamakan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021.
“Perintah ini berkuatkuasa bagi tempoh mulai 9 Februari 2021 hingga 1 Ogos 2021.
“Tertakluk kepada perenggan 3, menteri mengecualikan jemaah menteri yang kembali dari mana-mana lawatan rasmi luar negara daripada pemakaian Seksyen 15 Akta,” katanya.
Kenyataan Dr Adham itu terkandung dalam Warta Kerajaan Persekutuaan: Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021 yang bertarikh 2 Februari 2021. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/menteri-kuarantin-3-hari-covid-19-tak-takut-pangkat-najib/

