BUAT pertama kali sejak 13 Januari lalu, kes jangkitan harian Covid-19 di Malaysia berada di bawah paras 3,000 hari ini.
Sebanyak 2,764 kes dicatatkan hari ini, menjadikan kes keseluruhan dalam negara meningkat kepada 248,316.
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan daripada keseluruhan kes hari ini, cuma enam kes import dan selebihnya penularan tempatan.
Jumlah kes aktif di Malaysia kini 50,841 kes di sebalik 3,887 kes sembuh baharu.
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kes harian Covid-19 di bawah 3,000 ialah pada 13 Januari lalu iaitu 2,985 kes.
Penurunan kes hari ini turut disumbangkan daripada jumlah kes yang rendah di Selangor iaitu 862 kes berbanding 1,196 semalam.
Johor mencatatkan 521 kes, diikuti Kuala Lumpur (422), Melaka (203), Sabah (180), Pulau Pinang (119) dan Sarawak (111).
Negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Negeri Sembilan iaitu 99, Kelantan (62), Kedah (59), Perak (40), Terengganu (34), Pahang (32), Labuan dan Putrajaya masing-masing 10 kes dan tiada kes di Perlis.
Sebanyak 13 lagi kematian dicatatkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 909. – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/02/09/taklimat-asal-usul-covid-19-diadakan-hari-ini-who/

