Dikompaun kerana ‘COD’ begedil, peniaga minta jangan salahkan pihak berkuasa

0
2

SEORANG lelaki yang dikompaun RM1,000 kerana ‘COD’ tauhu begedil meminta semua pihak tidak menyalahkan pihak berkuasa atas insiden yang berlaku.

Menerusi Facebook, Hisyamuddin Siddiq Zarni berkata, isu berkenaan berpunca daripada kesilapannya yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan penghantaran makanan secara COD atau ‘cash on delivery’.

“Berkenaan isu viral saman yang saya dapat semalam. Saya dengan rendah diri mohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan tidak menyalahkan mana-mana pihak, cuma mengingatkan kepada semua untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan sahaja.

“Ya, benar. Saya melakukan kesalahan atas kesalahan gagal mempamerkan permit COD, hanya menunjukkan salinan dokumen dalam phone (soft copy).

“Isu berkenaan COD ni, semua peniaga boleh buat COD dan bawa permit bersama ketika berurusan. Jangan tertinggal permit or whatsoever,” katanya.

Beliau berharap dengan penjelasan itu dapat menjawap segala persoalan yang dibangkitkan pelbagai pihak.

“Saya harap penjelasan saya ni cukup untuk mereka yang bertanya. Banyak mesej yang saya terima tetapi tak sempat nak balas semuanya. Walaubagaimana pun, salah tetap salah. Polis hanya menjalankan tugas,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial seorang lelaki dikompaun kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sewaktu menjalankan perniagaan.

Dikatakan ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang dalam perjalanan menghantar tauhu begedil milik kawannya kepada para pelanggan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here