United tak kejar kejuaraan liga – Solskjaer

0
2

SELEPAS Everton memaksa Manchester United untuk berpuas hati seri 3-3 di Old Trafford, Ole Gunnar Solskjaer tampil dengan kenyataan skuad bergelar ‘Red Devils’ itu tidak berhasrat untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. 

Meskipun United telah menunjukkan peningkatan luar biasa musim ini, pengendali dari Norway itu menyedari ia belum cukup untuk anak buahnya menamatkan kemarau lapan tahun tanpa kejuaraan EPL. 

Solskjaer menolak bahawa United adalah pasukan pilihan memburu kejuaraan selain Manchester City dan juara bertahan Liverpool. 

“Kami tidak membincangkan kemenangan, kami telah menempuh perjalanan jauh dalam pasukan ini, dan kami tidak seharusnya dianggap sebagai pencabar kejuaraan.

“Kami harus menjadi lebih baik sebagai satu pasukan dan melihat di mana kita akan berakhir,” katanya kepada SkySport.

Bagaimanapun bekas bintang Liverpool Jamie Redknapp tidak setuju dengan kenyataan Solksjaer dan mendakwa United patut mengambil peluang untuk menjuarai EPL pada musim luar biasa kerana dilanda wabak pandemik Covid-19.

“Sepatutnya (mengejar gelaran), ini tahun yang unik, anda tidak akan mempunyai peluang yang lebih baik. Liverpool telah kehilangan pemain,” kata Redknapp kepada SkySport

Dalam perlawanan awal pagi tadi, United terpaksa berputih mata apabila melepaskan kemenangan yang dalam genggaman mereka apabila membiarkan Everton bangkit dua kali untuk mengikat kedudukan. 

United selesa mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Edinson Cavani pada minit-23 dan Bruno Fernandes seminit sebelum sebelum rehat. 

Everton menemui gol pertama menerusi kuisan A Doucoure, empat minit babak kedua bersambung dan James Rodriguez menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Pada minit ke-70 Scott Mctominay menyalakan semula misi kemenangan United menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma Luke Shaw. 

Kedudukan 3-2 itu bertahan sehingga ke hujung perlawanan sebelum Dominic Calvert-Lewin muncul meremukkan hati penyokong United dengan kuisan cantik pada minit akhir masa kecederaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here