Rara nafi gosip bakal kahwini pemimpin Pemuda Umno

0
2

Nurul Huda Abhar

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Young Syefura Othman menafikan bakal mengahwini seorang pemimpin dari Pemuda Umno.

Beliau juga menolak desas desus menyatakan majlis perkahwinannya akan berlangsung bulan depan.

“Yang penting dia bukan (pemimpin) Pemuda Umno.

“Kalau ada nanti saya bagi kad jemputan. Yang penting bukan orang Umno,” katanya kepada Malaysiapost.

Pada 31 Disember lalu, terdapat laporan mendakwa Young Syefura atau turut mesra dengan panggilan Rara bakal menamatkan zaman solonya dengan lelaki dikatakan dari Pemuda Umno.

Berita tersebut tersebar di Facebook dan seorang pemilik akaun di laman sosial itu turut memberitahu tidak sabar menunggu hari pertunangan Rara pada 14 Januari dan majlis perkahwinan yang dilaporkan pada Mac ini.

Rara sebelum ini pernah berkahwin dengan pengurus pelaburan pada 2016 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah tiga tahun kemudian.

Sementara itu, mengulas mengenai tindakan dikenakan terhadapnya atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19 pada November lalu, Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan itu memberitahu telah membayar saman tersebut.

“Saya dah bayar saman, saya pun dah mohon maaf. Seminggu selepas kejadian itu saya sudah bayar saman, dan ia selesai di situ,” katanya.

Ia susulan tular gambarnya dan lima rakan menyambut hari lahirnya di tepi pantai sehingga mengundang kecaman kerana tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here