Pekerja mogok, baling barang pelanggan

0
2

SATU video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier mogok tular di laman sosial sejak malam tadi.

Dipercayai video yang tersebar menerusi aplikasi Tiktok itu berlaku di sebuah gudang milik satu syarikat kurier.

Difahamkan, sekumpulan pekerja itu mogok kerana tidak berpuas hati dengan masalah gaji, ditambah pula bebanan kerja bertimbun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan pekerja membaling barangan pelanggan.

Turut kedengaran beberapa pekerja menjerit-jerit seperti mahu menunjukkan rasa tidak puas hati kepada pengurusan syarikat.

Namun, setakat ini belum ada mana-mana pihak tampil dengan sebarang kenyataan untuk menjelaskan perkara itu.

Tinjauan di bahagian komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan tindakan pekerja syarikat kurier itu membaling barang pelanggan meskipun faham dengan situasi tekanan dihadapi mereka. 

Malah ramai yang bersetuju, masalah mereka tidak sepatutnya diheret kepada pelanggan yang mungkin mengalami kerugian akibat kerosakan barangan kerana perbuatan segelintir pekerja tidak bertanggungjawab. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here