Stadium Malawati dijadikan CAC mulai esok

0
1

STADIUM Malawati, Shah Alam akan beroperasi sebagai Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) bermula esok.

Fasiliti itu digunakan bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di SS15 bagi daerah Petaling Jaya.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata keputusan itu dibuat susulan kapasiti stadium tersebut yang boleh menampung lebih ramai pesakit Covid-19.

“CAC di Dewan MPSJ hanya mempunyai kapasiti 500 pesakit sehari berbanding CAC di Stadium Malawati yang boleh menampung sehingga 1,500 pesakit… keputusan ini dibuat berikutan jumlah kes baharu di daerah Petaling yang meningkat,” katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.

Menurutnya, CAC itu akan memainkan peranan untuk menilai tahap jangkitan pesakit sebelum menempatkan mereka di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Serdang atau hanya diarah kuarantin di rumah.

Beliau berkata, selain Stadium Malawati, CAC turut beroperasi di lapan daerah lain iaitu di Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

Sebelum ini, tular di aplikasi WhatsApp mengatakan Stadium Malawati akan dijadikan CAC berikutan peningkatan jumlah kes yang tinggi di daerah Petaling. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/22/kkm-tubuh-213-cac-di-seluruh-negara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here