Suami isteri Orang Asli lari ujian Covid-19 telah ditemui

0
1

PASANGAN suami isteri Orang Asli yang menghilangkan diri daripada menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai pada 4 Februari lalu akhirnya ditemui semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata pasangan itu ditemui selepas anggota Balai Polis Laloh menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mengenai pasangan berkenaan, kira-kira jam 5.30 petang.

Beliau berkata susulan maklumat yang diterima, sepasukan anggota berjaya mengesan dan menemui pasangan itu di sebuah pondok sekitar Sungai Sam, Gua Musang.

“Pasangan Orang Asli itu telah memberi kerjasama baik kepada polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke HSIP bagi menjalani ujian saringan Covid-19 seterusnya menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Semalam, pasangan suami isteri Orang Asli berasal dari Pos Tohoi, Gua Musang itu menghilangkan diri ketika ujian saringan Covid-19 hendak dilakukan ke atas mereka, Khamis lalu.

Difahamkan, ujian saringan itu perlu dijalankan selepas anak perempuan mereka yang berusia 25 hari disahkan positif Covid-19.-Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/06/imr-kaji-guna-air-liur-kahak-untuk-kesan-covid-19/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here